BKISHHB

Berita


Kempen Derma Darah ​Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB
13/03/2023


​Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) mengadakan Kempen Derma Darah pada hari Isnin 13 Mac 2022 di ruang lobi bangunan BKISHHB bertempat di Simpang 26 Jln Pengiran Babu Raja, Bandar Seri Begawan.

Kempen Derma Darah tersebut diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, manakala disebelah petang ianya diadakan dari jam 1.30 petang hingga 3.30 petang.
WhatsApp Image 2023-03-13 at 1.28.02 PM.jpeg

Sebelum menderma darah, para penderma diperiksa dan ditanya beberapa soalan peribadi mengenai kesihatan mereka dan selepas pendermaan darah dijalankan, para penderma dinasihatkan untuk meminum banyak air dan berehat.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 4.25.29 PM.jpeg

Menurut Pegawai Penyelidik BKISHHB, Dyg Amalina Binti Junggal, Kempen Derma Darah seperti ini adalah merupakan suatu amalan yang mulia atas dasar tolong-menolong. Malahan perkara ini, secara umum bersesuaian dengan suruhan Allah Ta‘ala untuk berbuat kebajikan kepada sesama islam sebagaimana firmanNya yang tafsirnya,

“Dan hendaklah bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Kempen Derma Darah seperti ini juga dihasratkan untuk mewujudkan rasa kasih sayang serta menanamkan sifat beramal jariah dengan menambahkan simpanan tabung darah negara.

Sebanyak 68 pint darah telah didermakan daripada 68 penderma yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan BKISHHB dan orang awam.

Kempen seumpama berkenaan juga diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.


Attachments