BKISHHB

Berita


lawatan sambil belajar dari Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),
20/05/2023


 

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Penanjong Garison.

Rombongan seramai 42 anggota yang menyertai Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 diketuai oleh 1330 Lt Norardillah binti Abd Kadir, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB.

WhatsApp Image 2023-05-20 at 9.51.29 AM (2).jpeg

Hadir menyambut kedatangan rombongan lawatan ialah Dayang Hajah Siti Norhayatty binti Haji Morni Kurator Pemeliharaan dan Pembaikan.

Menurut wakil perhubungan rombongan, lawatan ke BKISHHB bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalami perkembangan pengetahuan islam dalam masa yang sama mendedahkan kepada peserta Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 kepada sejarah artifak-artifak islam dan barang koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

WhatsApp Image 2023-05-20 at 9.51.28 AM.jpeg

BKISHHB pada masa ini sedang giat berusaha membuat perancangan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti ilmiah dan penyebaran maklumat termasuklah berkolaborasi bersama pelbagai pihak bagi mencapai hasrat untuk merealisasikan penubuhan BKISHHB sebagai pusat warisan ilmu Islam yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu melalui aktiviti-aktiviti keilmuan. 


Attachments