BKISHHB

Berita


LAWATAN ROMBONGAN KUMPULAN KERJA PAKAR PERUBATAN TENTERA ADMM-PLUS
06/09/2023


Bandar Seri Begawan, Rabu, 6 September 2023 – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menerima kunjungan lawatan daripada Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera ASEAN Defence Minister's Meeting Plus (ADMM) - Plus pada hari ini.

Rombongan seramai 66 orang tersebut mewakili sebilangan negara anggota ADMM-Plus dan kedatangan rombongan di alu-alukan oleh YM Muhammad Arif Bin Kassim, Pegawai Saintifik BKISHHB.

Keberadaan rombongan tersebut di Negara Brunei Darussalam adalah untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) ke-17 yang diadakan selama dua hari iaitu dari 4 hingga 5 September.

375890802_639761164952816_786963898798722857_n.jpg

Sepanjang lawatan ke galeri, rombongan berkenaan berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat artifak-artifak warisan Islam yang melambangkan kegemilangan agama Islam seperti koleksi-koleksi Mushaf Al-Quran yang ditulis tangan dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza, replika pedang milik Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, tokoh ilmuwan islam yang berpengaruh dan banyak lagi.

Salah seorang ahli rombongan, Yang Mulia Leftenan Kolonel Nadjar Suprijono yang berasal dari Indonesia sangat kagum dengan koleksi bahan yang dipamerkan di BKISHHB dan beliau mengakui banyak faedah yang diperolehi mengenai sejarah islam di Brunei.

Manakala, Yang Mulia Htet Naing Aung, Ketua Jabatan Promosi Kesihatan yang berasal dari Myanmar pula menjelaskan beliau tertarik dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang berkembang maju dalam pelbagai bidang termasuk perubatan.

Keterangan mengenai tokoh-tokoh ilmuwan Islam ada dipamerkan di Galeri 5 Warisan Ilmu yang mempamerkan keterangan cendekiawan Ilmuwan Islam dalam pelbagai bidang seperti sains, fizik, matematik, kimia, geografi, astronomi dan perubatan.

Diantara tokoh-tokoh ilmuwan Islam tersebut ialah Muhammad al-Idrisi, Abu ar-Rayhan al-Biruni, Ibn Sina, Ibn al-Haytham, Az-Zahrawi, Jabir bin Hayyan, Al-Khawarizmi, Maryam al-Asturlabiyyah, Fatimah al-Fihriyyah dan banyak lagi.


Attachments