BKISHHB

Berita


WARGA BKISHHB SERTAI BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN TELESKOP
13/09/2023


​Bandar Seri Begawan Rabu, 13 September 2023 - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) telah menganjurkan Bengkel Latihan Penggunaan Teleskop.


Seramai 57 peserta-peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan BKISHHB menghadiri bengkel Latihan Penggunaan Teleskop yang diadakan di Ruang Pameran istimewa BKISHHB.




378091104_1369275283993450_3275343063392142448_n.jpg



Objektif pelaksanaan bengkel berkenaan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada para peserta mengenai dengan kaedah penggunaan teleskop secara teori dan praktikal disamping menyebarkan ilmu mengenai kejadian alam dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.


Bengkel yang diadakan selama 1 hari tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi taklimat dan sesi praktikal yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mohamad Azri bin Hj Awang Ibrahim ahli PABD.




377704896_1734033210356340_7794356801768107754_n.jpg



Pada sesi taklimat tersebut, para peserta diberi penerangan mengenai sejarah teleskop, perbezaan jenis-jenis teleskop yang memakai kanta dan cermin, bahagian-bahagian teleskop dan fungsinya, tatacara penyediaan dan penggunaannya.


Manakala pada sesi praktikal, para peserta berpeluang untuk melakukan praktikal dimana beberapa buah teleskop disediakan oleh PABD di kawasan lapang BKISHHB. Tujuannya adalah untuk memahami teknik dan cara penggunaan teleskop yang betul yang mana antara lainnya ialah pencarian objek angkasa, fokus imej, mengikuti objek secara manual dan automatik, penyimpanan dan penjagaan teleskop dengan sempurna.

377827557_326157120109780_4916806927176999538_n.jpg





Bengkel Latihan Penggunaan Teleskop diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta yang disampaikan oleh YM Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, Pengarah BKISHHB dan seterusnya diikuti dengan sesi bergambar ramai.




BKISHHB giat bekerjasama dengan Persatuan Astronomi Brunei Darussalam dalam mengadakan aktiviti-aktiviti ilmiah yang berkaitan dengan bidang astronomi yang mana peralatan dan maklumat berkaitan dengan astronomi dipamerkan di BKISHHB ada terdapat di Galeri 8, Astronomi
Attachments