BKISHHB

Berita


TEROKAI POTENSI KERJASAMA ANTARA BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH DAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
19/09/2023


​Bandar Seri Begawan, Selasa, 19 September 2023 - Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland telah mengadakan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) pagi tadi.


Ketibaan Puan Yang Terutama, dialu-alukan oleh Pengarah BKISHHB Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.




379324536_168819212928074_1204846896839713924_n.jpg



Dalam lawatan tersebut kedua-dua pihak menyatakan hasrat untuk menerokai potensi kerjasama dalam bidang diantaranya program latihan seperti bengkel-bengkel peningkatan kemahiran di dalam pelbagai aspek seperti pameran, konservasi, pemeliharaan, pengurusan, penyelidikan, penyebaran maklumat, pemasaran dan sebagainya.


Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam dan BKISHHB turut menyentuh mengenai potensi kolaborasi dalam kerjasama menganjurkan program-program dan acara-acara diperingkat negara dan mahupun serantau dimasa yang akan datang.

_17I6829.jpg





Dengan adanya perbincangan yang sedemikian, BKISHHB berharap perjanjian untuk kerjasama akan dapat di meterai nanti sekaligus membolehkan BKISHHB meluaskan lagi rangkaian hubungan dengan institusi-institusi di Amerika Syarikat yang mempunyai fungsi teras yang sama atau berkaitan.


Terdahulu, Puan Yang Terutama memulakan lawatan dengan menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata, seterusnya beredar ke galeri pameran dan kemudian meneruskan sesi perbincangan di Ruang Galeri Istimewa BKISHHB.




_17I6834.jpg



Puan yang Terutama disertai oleh Vice Commander, U.S. SEVENTH Fleet – Rear Admiral Joaquin J. Martinez de Pinillos yang berada di Negara Brunei Darussalam untuk Program Eksesais dua hala Cooperation Afloat Readiness and Training kali ke-29 (CARAT 29/2023) di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentera Laut Amerika Syarikat dan United States Coast Guard.


Dalam lawatan tersebut rombongan juga berpeluang untuk berkunjung ke Galeri Rambut Mulia Rasulullah SAW yang dibukakan untuk kunjungan orang awam dari 17 hingga 28 September
Attachments