BKISHHB

Berita


Bengkel dan Latihan Filologi BKISHHB
11/10/2023


​Dalam persediaan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelidikan yang teratur dan sistematik Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah mengadakan Bengkel dan Latihan Filologi.
021A7067.JPG

Seramai 49 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan BKISHHB dan pegawai-pegawai jemputan dari institusi-institusi pengajian tinggi dan agensi-agensi kerajaan menyertai bengkel yang diadakan selama 3 hari iaitu dari 9 Oktober hingga 11 Oktober 2023 di Dewan Auditorium (BKISHHB).

Tujuan bagi penganjuran Bengkel tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan akan kepentingan pengajian terhadap manuskrip yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam pelbagai ilmu melalui penjanaan dan kemahiran yang diperolehi.
021A7018.JPG

Selain itu, dengan adanya Bengkel sedemikian juga merupakan permulaan bagi melaksanakan pembukaan kerja-kerja penyelidikian kepada orang awam dan sekaligus mewujudkan platform kerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan lain dalam perkembangan dan pembangunan di dalam bidang penyelidikan.

BKISHHB menjemput Fasilitator dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) iaitu Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, seorang Pensyarah dan Pakar dalam bidang Filologi Penyelidikan Manuskrip bagi mengendalikan bengkel berkenaan.

Turut menyampaikan dalam bengkel tersebut ialah Kurator Pemeliharaan dan Pembaikan, Dayang Hajah Siti Norhayatty Binti Haji Morni.

Sepanjang tempoh pengendalian bengkel, fasilitator-fasilitator menyampaikan taklimat mengenai asas, teori dan sejarah perkembangan, kepentingan Filologi, peranan manuskrip Melayu dan konservasi Manuskrip.

Mankala peserta juga turut didedahkan dengan latihan praktikal yang mana antaranya adalah pengendalian Manuskrip dengan selamat, Pembuatan data entry, membuat transliterasi teks iaitu pengalihan teks manuskrip jawi ke rumi. 

Untuk memudahkan, latihan praktikal tersebut menggunakan manuskrip-manuskrip yang terdapat dalam BKISHHB yang berbentuk digital sebagai bahan rujukan.
021A6860.JPG
Hadir menyampaikan sijil-sijil kepada peserta-peserta bengkel ialah Pengarah BKISHHB Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.


Attachments