BKISHHB

Berita


BKISHHB TERIMA KUNJUNGAN AHLI KALIGRAFI TERKENAL SEYIT AHMET DEPELER DAN ABDURRAHIM KALYA
26/10/2023


​Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) baru-baru ini menerima kunjungan dari Kaligrafer terkenal dari Turkiye iaitu Seyit Ahmet Depeler dan Abdurrahim Kalya.

WhatsApp Image 2023-11-06 at 8.30.52 AM.jpeg

Seyit Ahmet Depeler ialah seorang ahli kaligrafi islam yang terkenal pernah memenangi beberapa pertandingan tulisan kaligrafi islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan juga pernah menjuarai Kejohanan Kaligrafi Islam yang termasyhur dikelolakan oleh Research Centre For Islamic History, Art and Culture (IRCICA).

Manakala, Abdurrahim Kalya, yang juga berkerja sebagai Imam di Konya-Selcuklu Mufti Office di Turkiye adalah seorang ahli kaligrafi yang terkenal dan berpengalaman pernah memenangi beberapa pertandingan tulisan kaligrafi islam termasuk menjuarai pertandingan yang berprestij seperti International Istanbul Classical Arts Competition.

Hadir mengetuai rombongan lawatan ialah isteri kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, iaitu Puan Lale Esroy.

Turut sama hadir ialah ahli muzik tradisional Turkiya, Ozgur Sarman dan Suat Kilic.

Tujuan Lawatan dari rombongan berkenaan adalah untuk melihat bahan artifak Islam yang menjadi tarikan yang dipamerkan di Galeri Pameran BKISHHB khususnya bahan pameran Kaligrafi Evolusi Islam yang terdiri daripada 7 jenis tulisan Khat iaitu Kufi, Tsuluts, Naksh, Farsi. Rayhani, Riq’ah dan Diwani.


Attachments