BKISHHB

Berita


LAWATAN KERJA TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN REPUBLIK SINGAPURA KE BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
12/12/2023


​Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura dan isteri, Puan Loo Tze Lui berserta rombongan telah mengadakan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
BKISHHB-11.jpg

Rombongan juga disertai oleh Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Republik Singapura; Puan Yang Terutama Indranee Thurai Rajah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan (Kedua) dan Menteri Pembangunan Negara (Kedua); Tuan Yang Terutama Dr. Koh Poh Koon, Menteri Negara Kanan, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran dan Kementerian Tenaga Manusia; Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia; Tuan Yang Terutama Tan Kiat How, Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan Kementerian Pembangunan Negara.
BKISHHB-18.jpg

Ketibaan TYT Lawrence Wong serta rombongan dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BKISHHB. Turut hadir mengalu-alukan kehadiran rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat BKISHHB; dan Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pengarah BKISHHB.

Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan oleh TYT Lawrence Wong.

TYT Lawrence Wong juga menerima senaskah buku mengenai BKISHHB daripada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, sebelum beredar ke galeri-galeri pameran dan diakhiri dengan lawatan ke Makmal Pengurusan Konservasi Bahan dan Artifak.


Attachments