Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PLATFOM KONGSI PENGETAHUAN MENGENAI SAINS TUMBUHAN, TAMADUN ISLAM

Published On : Tuesday, 05 November 2024

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Botani, Universiti Brunei Darussalam (UBD BRC) di bawah Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), UBD, telah mengadakan simposium bertajuk Tumbuhan dalam Tamadun Islam bertempat di Ruang Lobi, BKISHHB, pagi tadi.

Hadir sebagai tetamu kehormat yang seterusnya merasmikan simposium berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

Turut hadir Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle dan pegawai-pegawai kanan.

Tetamu kehormat seterusnya melancarkan dan mengunjungi pameran simposium yang mempamerkan pelbagai karya seni botani dan poster penyelidikan yang dihasilkan oleh UBD BRC dan BKISHHB.

Beliau kemudian beredar ke taman herba yang menampilkan tumbuhan yang mempunyai nilai etno botani yang penting.​