Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MANUSKRIP DAN PERANANNYA DALAM MENINGKATKAN PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DAN MORAL KANAK-KANAK

Published On : Saturday, 21 June 2025

​Peserta Persidangan Antarabangsa Manuskrip Islam 2025 berpeluang mengikuti sebuah pembentangan bertajuk “Manuskrip dan Peranannya dalam Meningkatkan Perkembangan Intelektual dan Moral Kanak-Kanak” 


Pembentangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Nezar Mahmud Kasem Alsheikh, Pengarah, Dar al-Nasa’im li Nashri wa Tauzi, Jeddah di Dewan Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah petang tadi. 


Hadir sebagai tetamu kehormat Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Program dimulakan dengan dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa yang dibacakan oleh Yang Muli Saufi bin Haji Suhaini, Pegawai Pemantau, Pejabat Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 


Para peserta juga berpeluang untuk betanya soalan selepas pembentangan dalam sesi soal jawap bersama Yang Mulia Dr. Nezar. YM Dr. Nezar adalah seorang penyelidik unggul dalam bidang Sirah Nabawiyyah, beliau telah menghasilkan lebih 30 penerbitan berkaitan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW dengan pendekatan gabungan antara penyelidikan ilmiah dan praktikal. 


Beliau juga aktif menyertai persidangan dalam bidang fiqh, kehakiman syarie dan dakwah, serta membangunkan pameran dan inisiatif digital berkaitan sirah. Beliau merupakan tokoh pertama yang memperkenalkan penggunaan pautan digital dalam penyebaran ilmu sirah. Selain itu, beliau juga memiliki kepakaran dalam penggunaan teknologi komputer untuk tujuan penulisan akademik dan pendidikan, serta memiliki beberapa sijil antarabangsa dalam bidang teknologi maklumat.