Skip Ribbon Commands
Skip to main content

INFAQ RAMADHAN 2026

Published On : Tuesday, 24 February 2026

​Memberi sedekah merupakan amalan mulia dan mempunyai banyak manfaat, terutamanya sedekah yang dilakukan dalam bulan penuh Barakah, iaitu bulan Ramadhan.

Keberkatan bulan Ramadhan seharusnya dirasai oleh seluruh komuniti Muslim dan golongan yang kurang berkemampuan juga tidak terkecuali.

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengunjungi beberapa buah keluarga dari golongan kurang berkemampuan untuk menyampaikan sumbangan di bawah program kebajikan “Infaq Ramadhan”, sebuah program yang diperkenalkan oleh Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 2024.

Hadir selaku ketua rombongan dan menyampaikan sumbangan serta barangan asas ialah Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad.

Antara tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai sifat pemurah dengan memberikan bantuan makanan asas kepada golongan kurang berkemampuan dan akhirnya mewujudkan satu platform berterusan bagi menggalakkan ahli BKISHHB untuk terus melakukan dan membudayakan amalan bersedekah secara berterusan.