MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Published On : Monday, 13 April 2026
Isnin 13 April 2026 / 24 Syawal 1447 . Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan sesi bersalaman dan kemudiannya menikmati jamuan.
Beberapa aktiviti telah diadakan untuk menyerikan lagi Majlis seperti penyampaian hadiah dan sebagainya.
Seperti lazimnya seperti tahun-tahun yang sebelumnya warga digalakkan untuk membawa pinggan, gelas dan garpu sendiri bagi menyokong inisiatif mencapai Matlamat Pembanguna Yang Berdaya Tahan ( Sustainable Development Goal).