Bandar Seri Begawan, Sabtu 12 Ogos 2023 – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menerima kunjungan dari Unit Da’wah Daerah Tutong, Pusat Da’wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan seramai 25 orang yang diketuai oleh Ketua Unit Dakwah, Muhd Yusri Bin Haji Abdul Majid, ialah Pengiran Mohammad Wafi Bin Pengiran Haji Abdil Rahim, Pegawai Etnografi BKISHHB.
Tujuan lawatan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan para peserta golongan muallaf mengenai dengan sejarah Islam disamping memberi pendedahan dan melihat secara dekat bahan pameran di galeri BKISHHB.
Menurut salah seorang peserta Skim Bimbingan Muallaf Lanjutan Dua, Mohd Azmi Aridi Ridzuan bin Abdullah, lawatan ke BKISHH adalah pengalaman yang baru bagi beliau dan ianya juga sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan ilmu Islam kepada peserta muallaf untuk lebih memahami dan menghayati ajaran agama Islam
