Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menjadi tumpuan utama sekolah-sekolah untuk membuat lawatan setelah selesai peperiksaan penggal akhir tahun.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.

Dalam bulan November ini sahaja, puluhan sekolah dari ke empat-empat daerah di seluruh negara sudah pun menempah hari dan masa untuk membuat lawatan ke geleri pameran BKISHHB.

Cikgu Isah@Raini Binti Md Yasin, Pegawai Pendidikan Sekolah Rendah Tutong, salah seorang dari wakil rombongan-rombongan yang telah hadir mengongsikan bahawa lawatan seperti ini dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar dan pendedahan kepada bahan artifak yg dipamerkan di galeri BKISHHB dan dalam masa yang sama menanamkan minat para pelajar terhadap Sejarah Islam.

Sebagai tambahan juga, para pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti seperti mewarna, Teka-teki Silang, Tulisan Jawi dan Pencarian Kata yang disediakan oleh pihak BKISHHB untuk menarik minat dan membina minda para pelajar yang berkaitan dengan maklumat pengetahuan yang terdapat di Galeri BKISHHB.