Seramai 70 orang warga Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah menyertai acara program Team-Building pada hari Juma’at, 1 Mac 2024 bertempat di Balai Khazanah Islam dan dikendalikan oleh Bemanfaat Management & Services.
Turut hadir menyertai program tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pengarah BKISHHB.
Tumpuan utama aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan membentuk kerjasama berpasukan serta membina komunikasi secara lebih efektif di kalangan warga Balai Khazanah.
Acara tersebut dimulai dengan senam Minda dan Aerobik dan seterusanya diikuti dengan beberapa aktiviti permainan yang menarik dan mencabar seperti Arahan Fokus, Kumping, Hoola Hoop, Balance Ball, Ball Relay, Rug & Ball, Caterpillar dan Snake Game Challenge.
Dengan adanya aktiviti team-building tersebut dapat memberi pengalaman dan meningkatkan keupayaan kerjasama yang lebih padu bagi mencapai matlamat yang sama.
