Galeri 4: athar sahabat
GALERI 4: ATHAR SAHABAT
Galeri ini mempamerkan bahan koleksi peninggalan para sahabat yang sudah setentu dapat dijadikan sebagai bahan rujukan sejarah dan peninggalan warisan umat Islam. Antara koleksi bahan dipamerkan di galeri ini adalah seperti replika al-Qur’an Sayyidina ‘Utsman, pedang Khalidah ar-Rasyidin dan para sahabat lain seperti Ja’far at-Tayyar, Khalid bin al-Walid, ‘Ammar bin Yasir, az-Zubair bin al-‘Awwam dan Mu’az bin Jabal. Juga mempamerkan janggut dan rambut para sahabat Rasulullah ﷺ. Galeri ini memberikan peluang kepada para penunjung untuk mendalami sejarah Islam dan merasai kedalaman warisan yang ditinggalkan oleh generasi pertama umat Islam.
