ACARA

Lihat acara terkini hari ini di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

10 Sep
10 Sep 2026 9:00 am - 3:30 pm

Sertai Kempen Derma Darah anjuran bersama Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Kementerian Kesihatan

📅 Khamis, 10 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi & 1.30 petang – 3.30 petang
📍Lokasi: Ruang Lobi, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB)

Jangan lupa tempah slot melalui aplikasi BloodKad sekarang! Pastikan anda memenuhi kriteria penderma yang dinyatakan dalam gambar dan ikuti persediaan sebelum menderma.

Datanglah ke Lobi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengikut sesi pagi atau petang yang tersedia. Nikmati cenderahati percuma sebagai ucapan terima kasih daripada rakan-rakan penaja.

Hubungi kami di talian +67 8153264 atau 2241697 untuk maklumat lanjut.

Jumpa awda di sana! 🩸❤️

03 Aug
03 - 04 Aug 2026 9:00 am - 5:00 pm

Makluman | Announcement

18 Jul
18 Jul 2026 9:00 am - 5:00 pm

Projek Interaksi: Pengetahuan dan Pemahaman di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam 18 Julai 2026

15 Jul
15 - 18 Jul 2026 9:00 am - 5:00 pm

Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80, Bilik Rambut Mulia Rasulullah ﷺ di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan dibuka kepada orang ramai selama tiga (3) hari, bermula 15 hingga 18 Julai 2026, kecuali Hari Jumaat.

Bilik Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ dibukakan kepada orang ramai mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali pada 15 Julai 2026 dari pukul 1.30 petang hingga 5.00 petang.

Galeri Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ mempamerkan Rambut Mulia Rasulullah ‎ﷺ serta koleksi lain yang terdiri dari cebisan burdah, serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah ‎ﷺ dan sebagainya.

Marilah datang beramai-ramai ke Galeri Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan hayati sendiri keindahan serta keagungan warisan Islam.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi +673 8153264. Manakala bagi pertanyaan mengenai tiket boleh terus menghubungi +673 8153267 atau 2241697.

Jumpa awda di sana!

03 Dec
03 - 08 Dec 2024 All day

​TOGETHER WITH PWD : FOSTERING UNITY WITH PWD​

13 Dec
13 Dec 2025 All day

PROGRAM BERSAMA OKU : MEWUJUDKAN KEBERSAMAAN