Bandar Seri Begawan, Selasa, 26 September 2023 – Ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam menghadiri lawatan istimewa ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 26 September 2023.
Ketibaan Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Terutama Duta Besar dan Istimewa dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi ke Negara Brunei Darussalam, dialu-alukan oleh Pengarah BKISHHB Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad dan pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.
Objektif utama lawatan istimewa tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan BKISHHB dan meluaskan lagi rangkaian hubungan dengan Kedutaan-kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di negara ini.
Lawatan istimewa ini juga bertujuan untuk memberi penerangan kepada Kedutaan-kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di negara ini mengenai fungsi dan peranan BKISHHB dan sekaligus mempromosikan BKISHHB sebuah sebuah institusi yang menyimpan khazanah warisan Islam yang unik dan berharga koleksi milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
BKISHHB berharap dengan adanya perjumpaan seperti ini ianya dapat membuka peluang kerjasama dengan Kedutaan-kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di negara ini dalam bidang diantaranya program latihan seperti bengkel-bengkel peningkatan kemahiran di dalam pelbagai aspek seperti pameran, konservasi, pemeliharaan, pengurusan, penyelidikan, penyebaran maklumat, pemasaran dan sebagainya.
Seterusnya rombongan beredar ke galeri pameran yang menempat koleksi-koleksi yang unik dan menarik diantaranya koleksi mushaf-mushaf dan manuskrip-manuskrip islam yang terbesar dinegara ini, peralatan astronomi, tongkat, tasbih dan banyak lagi.
Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke fasiliti, fasiliti yang terdapat di BKISHHB seperti makmal konservasi, ruang penyelidikan, auditorium, bilik persidangan, bilik-bilik mesyuarat, bilik-bilik kuliah, taman herba, cafeteria, kedai souvenir dan rombongan juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi seni arkitek dan reka bentuk dalaman bangunan yang direka bentuk oleh pereka bentuk yang terkenal iaitu Pei Arkitek.
