BKISHHB

Berita


Lawatan Duta Besar Republik Rakyat China
27/03/2024



Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam melawat Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk melihat dengan lebih dekat khazanah sejarah dan budaya dalam pameran itu. 

Tuan Yang Terutama dan kakitangannya disambut oleh Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad, serta pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Tuan Yang Terutama menyatakan harapan untuk bekerjasama lebih erat dengan pihak Brunei untuk mengukuhkan rentas budaya dan pertukaran rakyat antara China dan Brunei.
Attachments