1. Dimanakah letaknya Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam.
|
2. Apakah peraturan penting yang dikenakan ketika melawat galeri di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Peraturan yang dikenakan merangkumi memberi penghormatan terhadap bahan-bahan pameran dan harta benda yang terdapat di galeri dengan tidak menyentuh bahan pameran, cermin, skrin dan pagar-pagar penghadang berkenaan. Peraturan adab dan kelakuan termasuk tidak membuat bising, bersikap sabar dan mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan. Pengunjung adalah dilarang untuk membawa masuk telefon bimbit dan apa jua peralatan rakaman video dan kamera kerana membuat sebarang penggambaran dan rakaman di dalam galeri adalah dilarang. Pengunjung boleh menyimpan beg dan barang peribadi di dalam locker-locker yang disediakan. Pengunjung juga dinasihatkan untuk mematuhi kod pakaian kasual yang bersesuain seperti tertera di pautan ini http://www.bkishhb.gov.bn/SitePages/kodPakaian.aspx
|
3. Apakah ruang dan kemudahan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang boleh digunakan atau disewa oleh orang awam? -
Orang ramai boleh menghubungi dengan menghantar email kepada info@bkishhb.gov.bn untuk pertanyaan lebih lanjut.
|
4. Siapakah yang dapat dihubungi di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah ketika membuat lawatan? -
Orang ramai atau pengunjung yang ingin membuat lawatan boleh menghubungi Unit Tiketing di talian 2220701 ext 161 untuk penjelasan yang lebih lanjut.
|
5. Bagaimanakah proses untuk mendaftar menjadi ahli penyelidik di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? |
6. Apakah kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada ahli penyelidik di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada ahli penyelidik di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah termasuklah kemudahan akses bahan-bahan dan manuskrip dan juga pinjaman.
|
7. Berapa lamakah masa yang diberikan kepada seorang penyelidik untuk melakukan kajian di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Setiap ahli penyelidik diberikan slot masa 6 jam sehari untuk membuat kajian di dalam ruang kajian di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
|
8. Adakah ahli penyelidik dibenarkan untuk membawa bahan penyelidikan keluar secara fizikal dan elektronik (email/pendrive) keluar dari Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Ahli penyelidik dimestikan untuk meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum membawa bahan penyelidikan keluar secara fizikal dan elektronik (email/pendrive) keluar dari Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
|
9. Bilakah waktu dan hari kaunter tiket beroperasi di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Kaunter tiket Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah beroperasi dari hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Galeri Pameran dan Kaunter Penjualan Tiket Tutup pada setiap hari Juma'at.
|
10. Berapakah harga tiket masuk mengunjungi Galeri Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Berikut adalah harga tiket masuk mengunjungi galeri Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
|
11. Dimanakah tempat untuk membeli tiket masuk mengunjungi Galeri Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah? -
Tiket masuk mengunjungi galeri bolehlah didapati di kaunter-kaunter penjualan tiket di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
|
12. Adakah pembelian dan tempahan tiket melalui telefon dan dalam talian diterima? -
Bagi penempahan tiket melalui telefon orang ramai bolehlah menghubungi Unit Tiketing di talian 2220701 ext 304, manakala pembayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter penjualan tiket yang ada di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Awda juga boleh menempah awal tiket dengan memuat turun borang tempahani dan menghantar borang berkenaan melalui emel ke
ut.bkishhb@bkishhb.gov.bn
|
|
13. Adakah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyediakan perkhidmatan jurupandu pelancong ketika membuat lawatan ke galeri? -
Para Pengunjung boleh memohon bagi mendapatkan perkhidmatan jurupandu oleh Pembantu Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan membuat permohonan melalui surat ke BKISHHB atau emel ke
info@bkishhb.gov.bn
|
14. Adakah saya boleh menggunakan gambar-gambar yang dimuat naik di laman sesawang dan platfom media sosial rasmi BKISHHB? -
Orang awam dinasihatkan untuk menghubungi Unit Perhubungan Awam dengan menghantar email ke info@bkishhb.gov.bn untuk mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu.
|