BKISHHB

Skip Navigation LinksPenyelidikan

PENYELIDIKAN 



Penyelidikan adalah satu usaha yang dilaksanakan secara bersistematik sama ada secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu persoalan. Selaku sebuah institusi yang memiliki koleksi khazanah yang cukup berharga, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) tetap giat dalam mengekalkan prinsip untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat, pemeliharaan dan pengekalan warisan sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan khususnya melalui penyelidikan.

BKISHHB terus berhasrat agar dapat memberikan informasi melalui pameran bahan koleksi khazanah Islam yang memberikan identiti dan menjadikan BKISHHB sebuah pusat warisan Islam yang berperanan sebagai penghubung ketamadunan warisan Islam dengan masyarakat.

Koleksi artifak bernilai khazanah itu merangkumi mushaf, manuskrip, fosil, wang syiling, barang-barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat, tasbih, tongkat, bahan-bahan kaligrafi Islam yang boleh dijadikan sebagai bahan primer dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan.

Usaha penyelidikan dilaksanakan adalah sebagai langkah untuk menganalisis, mengkaji, merungkai dan seterusnya menyebarkan ilmu pengetahuan mengenai Khazanah ilmu untuk kemajuan Islam dan umat selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan BKISHHB sebagai sebuah Pusat Warisan Ilmu.

Penyelidikan yang dijalankan di BKISHHB meliputi penyelidikan yang dilaksanakan sendiri oleh kakitangan BKISHHB atau penyelidikan yang dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak universiti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Para paleologi, paleontologi, astrologi dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk merujuk dan membuat penyelidikan bahan koleksi Khazanah Islam yang tersimpan di BKISHHB.​





Daftar Penyelidik.BMPtempah Temujanji-02.jpg
Koleksi Arkib-03.jpgMaklumbalas-04.jpg