Bandar Seri Begawan, Selasa 29 Ogos 2023 – Seramai 54 ahli rehlah Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan dari Sabah telah membuat kunjungan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.
Kedatangan rombongan diketuai oleh Hajah Surayah Binti Haji Puterah selaku pengiring rombongan lawatan dan disambut oleh Dayang Afiqah binti Jeferdin, Pegawai Pemeliharaan, Bahagian Pameran dan Pengurusan Koleksi BKISHHB. Rombongan berkenaan berada di Brunei Darussalam selama 3 hari telah memilih BKISHHB sebagai destinasi kunjungan mereka.
Sepanjang lawatan berkenaan, rombongan Rehlah Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan berpeluang untuk memahami sejarah ketamadunan dan kegemilangan islam sebagai maklumat tambahan yang diperolehi.
Lawatan tersebut juga memberi kesempatan kepada mereka untuk menyaksikan peninggalan bahan-bahan artifak sejarah islam yang terdapat di setiap galeri.
Menurut salah seorang peserta rombongan, Jaidah Binti Awang Kinit, kunjungan ke BKISHHB memberikan pengalaman dan ilmu yang baru kerana pertama kali menyaksikan koleksi-koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta artifak sejarah Islam yang memberi kesan dan makna kepada mereka.
Manakala Rohainah Binti Tahir merasa kagum kerana Negara Brunei Darussalam terdapat Khazanah yang menyimpan artifak-artifak islam yang unik dari pelbagai rantau Asia.
Diantara bahan yang menarik dipamerkan di BKISHHB ialah fosil kayu berasal dari Jordan yang berusia 47 juta tahun. Kayu fosil yang berukuran 62 kaki panjang x 38 inci lebar dan seberat 48 tan tersebut, merupakan fosil kayu cemra (cypress).
Pokok Cypress memiliki kepentingan dengan Sejarah Islam kerana ia merupakan spesies kayu yang sama.
